Mengenai RSK Cheras


RUMAH SERI KENANGAN CHERAS


LATAR BELAKANG

  • Dibina pada tahun 1965 dan dirasmikan oleh Menteri Kebajikan Am
  • Keluasan tanah dianggarkan 15 hektar
  • Dirobohkan untuk pembinaan yang baharu pada Disember 2007
  • Mula beroperasi pada 2 Ogos 2010 dengan kemasukan kakitangan
  • Mula menerima penghuni daripada Rumah Seri Kenangan Seremban seramai 27 orang dan daripada Rumah Seri Kenangan Bedong seramai 40 orang pada 6 Disember 2010
  • Kapasiti maksimum penghuni adalah seramai 336 orang

OBJEKTIF

Memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang daif demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.


PERKHIDMATAN

  • Jagaan dan Perlindungan
  • Rawatan dan Perubatan
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Carapulih Anggota
  • Kemudahan Beribadat
  • Kemudahan Riadah

SYARAT KEMASUKAN

  • Warga emas yang berusia 60 Tahun ke atas
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit
  • Tidak mempunyai saudara mara
  • Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
  • Berupaya menjaga diri sendiri
  • Permohonan secara sukarela oleh individu berkenaan
  • Sanggup mematuhi syarat-syarat kemasukan dan kaedah-kaedah Rumah Kebajikan tersebut

PERANAN MASYARAKAT

Rumah Seri Kenangan Cheras menggalakkan sanak saudara dan masyarakat setempat memberi perhatian dan sumbangan kepada warga emas yang ditempatkan di institusi. Aktiviti-aktiviti seperti hari terbuka, sambutan perayaan dan sambutan hari kebesaran diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk melawat dan mengenali penghuni serta berinteraksi dengan mereka. 

Pertubuhan sukarela kebajikan dan pihak swasta juga boleh memberi sumbangan tenaga dan masa untuk bermesra dan meraikan penghuni-penghuni supaya mereka tidak merasa tersisih dan kesepian selaras dengan semangat masyarakat penyayang.




1 comment:

  1. Cadangan penambah-baikan:
    Gunakanlah google map atau wikimapia utk menandakan lokasi RSKC ini. Kemudahan ada janganlah diabaikan...

    Jenuh saya mencari di facebook & di blog ini sendiripun tidak ada peta yang jelas utk mencari jalan ke RSKC ini..

    http://old.wikimapia.org/#lat=3.0299844&lon=101.7733579&z=15&l=0&m=h

    ReplyDelete